Hijrah Pencinta Part 3
Zahran menghulurkan kertas kerja bagi program ke rumah anak yatim kepada Raudhah. Raudhah kelihatan terkejut, tidak sangka bahawa Zahran akan menyiapkannya. Zahran tersenyum dan kembali ke tempat duduknya. Objektif, bajet, pengangkutan dan sebagainya sudah diselesaikan oleh Zahran, Raudhah hanya perlu bersetuju sahaja.
Zahran melakukan kerja itu semalaman. Semuanya untuk membuktikan kepada Raudhah bahawa dia sudah berubah. Dia mampu menyelesaikan tugasan sepenuhnya, bukan seperti yang difikirkan oleh Raudhah. Dia seorang yang bertanggungjawab. Dia meninggalkan Alisa kerana dia ingin berubah. Berubah menjadi lebih baik.
Raudhah adalah inspirasi baginya untuk berubah. Ayat al-quran yang ada di atas meja Raudhah merupakan pemangkin semangatnya.
Dia sudah tidak mahu bercouple dan mengecewakan hati perempuan. Zahran Idris ingin bertaubat. Semalam, dia menangis, mengenang akan dosa-dosanya. Dia menyesal. Sejadah lusuh miliknya merupakan bukti dan tanda dia ingin berubah. Semalam, adalah permulaan. Moga esok hari lebih baik dari hari ini, Zahran berdoa.
Zahran melakukan kerja itu semalaman. Semuanya untuk membuktikan kepada Raudhah bahawa dia sudah berubah. Dia mampu menyelesaikan tugasan sepenuhnya, bukan seperti yang difikirkan oleh Raudhah. Dia seorang yang bertanggungjawab. Dia meninggalkan Alisa kerana dia ingin berubah. Berubah menjadi lebih baik.
Raudhah adalah inspirasi baginya untuk berubah. Ayat al-quran yang ada di atas meja Raudhah merupakan pemangkin semangatnya.
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.”(HR. Muslim).
...................................................................................................................................................................
'Allahu, lupa nak tanya Raudhah tentang sambutan program ini. Em, macam mana nak contact dia?' Zahran bermonolog seusai solat Asar. Dia mengambil phonenya dan menghantar mesej kepada Suraya untuk mendapatkan nombor telefon si Raudhah. Dalam masa tidak sampai seminit, Suraya membalasnya. Zahran menyimpan nombor tersebut dan mula mencari contact tersebut untuk whatsapp.
'Aik mana nombor dia ni?' Zahran pelik, nombor Raudhah tidak keluar di aplikasi Whatsappnya. Setelah di-refresh beberapa kali, dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada Suraya. Mungkin nombor yang diberi Suraya itu salah.
Setelah pertanyaannya dijawab oleh Suraya, Zahran menghantar mesej kepada Raudhah secara biasa. Baru dia tahu bahawa Raudhah tidak menggunakan whatsapp kerana phonenya tidak mempunyai aplikasi tersebut. Menggeleng si Zahran, memikirkan kepayahan untuk bercontact dengan Raudhah. Baginya, whatsapp adalah medan yang paling sesuai digunakan kerana percuma sahaja. Manakala, satu SMS memakan beberapa sen. Rasa geram je nak call si Raudhah ni, kata Zahran dalam hati. Ye lah, nak menunggu SMS ni satu hal. Dah lah tak keluar bluetick, entah baca ke tidak. Tapi, kata Suraya, Raudhah bukannya perempuan yang suka berhubung dengan lelaki. Maka, Suraya mencadangkan Zahran agar SMS sahaja.
Alhamdulillah, setelah lama menunggu, akhirnya Raudhah membalas mesejnya besertakan dengan dalil. Erk.
'Esok bincang yang tu.
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS.Al Israa. ayat 32)'
Allahuakbar. Mengucap panjang si Zahran. Ye, dia sedar, dia bukanlah lelaki baik, lelaki soleh dan alim. Tapi dia tahu akan zina itu. Dia tahu akan hukum.
Website Tarbiah Sentap dibuka. Dicari article tentang hukum ikhtilat. Geram dia dengan si Raudhah.
'Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah
Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.
Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang tak ada kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.
Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang tak ada kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali kepada asal, HARAM.
Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah digariskan.'
Petikan dari article tersebut di-copy paste. Dan dipadam balik. Biarlah si Raudhah tu, fikirnya. Phone ditutup, Zahran merebahkan badannya di atas katil. Dia perlu berehat.
Meowdhiah.
Comments
Post a Comment