Hijrah Pencinta Part 3
Zahran menghulurkan kertas kerja bagi program ke rumah anak yatim kepada Raudhah. Raudhah kelihatan terkejut, tidak sangka bahawa Zahran akan menyiapkannya. Zahran tersenyum dan kembali ke tempat duduknya. Objektif, bajet, pengangkutan dan sebagainya sudah diselesaikan oleh Zahran, Raudhah hanya perlu bersetuju sahaja. Zahran melakukan kerja itu semalaman. Semuanya untuk membuktikan kepada Raudhah bahawa dia sudah berubah. Dia mampu menyelesaikan tugasan sepenuhnya, bukan seperti yang difikirkan oleh Raudhah. Dia seorang yang bertanggungjawab. Dia meninggalkan Alisa kerana dia ingin berubah. Berubah menjadi lebih baik. Raudhah adalah inspirasi baginya untuk berubah. Ayat al-quran yang ada di atas meja Raudhah merupakan pemangkin semangatnya. Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wani...