Hijrah Pencinta part 6
Raudhah dan Suraya berjalan beriringan ke Masjid Ar-Rahman, masjid yang terletak di sekolahnya. Semua pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Tiba-tiba bahu Raudhah dicuit dari belakang. "Hi kak ipar, hehehe." Tegur Zahratul Iffah, adiknya Zahran Idris. Dia sering melihat abangnya tersenyum sahaja kebelakangan ini, rupanya sedang berchit-chat dengan awek. Suraya menggeleng, parah nampaknya. Apakah status hubungan mereka sekarang ni? Kenapa dia tidak tahu apa-apa? "Eh Zahra, apa kak ipar pula? Akak dengan abang Zahra tu kawan je lah." Raudhah menafikan panggilan tersebut. Betullah, hanyalah kawan semata-mata. Tak lebih dari itu. Mereka berjalan terus ke tempat wudhu' lalu menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum Zuhur. Seusai sahaja solat Zuhur, Suraya menunggu Raudhah untuk kembali ke kelas bersama-sama. Dia perlu mencari masa untuk berbual dengan Raudhah. Dia juga perlu untuk mengeur perbuatan sahabatnya ini. Kemungkara...