Aida's Journey to Selangor // temuduga Darul Quran

Ohayo!
Peace yoww!

So, here goes my journey! Mohon jangan baca if taknak baca, tak paksa pun k!
Cause I love to merepek, so I will merepek here.

05042017//Wednesday

Pukul 4 petang, dah bersiap cause flight pukul 1845. Umi kata umi nak balik pukul 1600. So I waited for her. Tapi tak balik-balik, serious risau kut-kut ada benda terjadi, but sabr je lah. Then umi balik dalam 1630. Fuh. Bersama durian crepe saya yang lazat! Yeay for umi and double yeay for durian crepe. Yum yum.

Sampai airport lebih kurang pukul 1700. Dah check-in, so terus naik atas. Lepastuh eeeeiii ada budak comel depan kiteww, comel sangat. Kenyit mata sikit je pun, budak tu cair terkekek-kekek. Ehehehehek, lepastuh menyorok kat mak dia. Lepastuh kita pejam mata, pastuh cakkk! Makin terkekek-kekek dia. Oh so cute! Tapi sekejap je, lepastuh dia tantrum baring atas lantai.

So naik flight pukul 1845, alhamdulillah selamat sampai pukul 1940. Solat maghrib-isyak, jumpa kawan-kawan umi, then makan jap kat papparich. Kongsi sepinggan cause we were not really hungry. And jimat also. Ahahahahaha. Jalan-jalan pi jaya grocer jap, beli apa yang patut. Sambil tunggu flight ayah dari Penang, and tetiba je flight ayah delayed.

Disebabkan kitorang kesian akan kak Sarah yang akan menunggu di Putrajaya Sentral berseorangan, maka kitorang pun naik train terus ke Putrajaya Sentral, tapi hampa dia tak sampai pun lagi. So kitorang tunggu dalam keadaan agak panas dan gelap. 

Alhamdulillah, dia sampai kat kitorang lebih kurang pukul 2300. Lepastuh ayah pulak sampai. 

Sampai kat rumah pukul 2400. Nice ahahaha. Tak iron lagi baju tudung, so kena bangun awal lah esokkan hari.

060420177//Thursday

Bangun pukul 0500, terus mandi and gosok baju. Yes pakaian kena kemas gila, sebab ada terbaca pasal pengalaman iv kat dq, katanya pakaian 10 markah. Ahaa tak tau lah kan.

So breakfast ala kadar, but green tea jangan lupa ahahahha. Then gerak ke Kuala Kubu Bharu pukul 0640. So sambung tidur lah kan, semalam kan letih lol.

Sampai kat sana tepat-tepat pukul 0800. Interview pukul 0830. Fuh nasib baik sempat. 

Cek nama, kaunter 1. So masuk dewan, terus serbu kaunter 1 and kita orang pertama yipeee! Lepastuh orang tu pun tanya, 

Kaunter 1: oh dari Kelantan, duk homestay mana?

Me: tak duk homestay, duk Putrajaya.

Kaunter 1: so, kelantan ni kampung lah?

Me: eh tak, kelantan tu rumah betul.

Kaunter 1: Putrajaya rumah tipu?

Me: haah, rumah tipu. Lol.

Then, dia suruh keluar and pergi ke Panel B.

Sambil menunggu dipanggil, buallah dengan orang sebelah. And setiap yang duduk belah kiri kita, semuanya orang Shah Alam. Belah kanan lak, orang Kelantan. So of course lah sebagai orang Kelate sejati, kita buallah dengan ore Kelate.

Lepastuh orang Shah Alam tegur kita, then cakap "eh awak ni comellah." Ahahaha yang ni terkejut gila.

Ahahaha abaikan tengah perasan ni ahahahaha!

Time interview tu an, panel 2 minta slip SPM, dengan confidentnya kita bagitahu 'ada sekali dekat situh/'

And bila check, nahee hae enggak ada sihhhh!

And me, " ustaz-ustaz, panjang cerita diaaaa."

So I told them about AirAsia bla bla bla. And they laugheh. ((Ustaz, jikalau mahu penghibur di Darul Quran, undilah sayaa peace yow!))

Then, diorang bagi masa satu jam untuk hafal mukasurat 455. Alhamdulillah ok je tasmi' eventho tak lancar mana uhuhuhuhu. May Allah ease everything.
Ada 5 soalan tajweed and 5 soalan bahasa arab. Tajweed tu kecundang sikit aduyaiii.

Pastuh, balik. Lepas asar, pi Nilai 3. Yeay! Shopping baju rayaaaa~

Sampailah Maghrib, berhenti solat kat Masjid Putra Nilai. Then pi Saba Restaurant sebab semua dah lapar and ayah nak buka puasa.

But, ramai gila orang, so kitorang take away je lah. Then terus pi UNITEN, sebab ada orang tu nak tidur rumah Putrajaya rindu lah tuuu!
Again, tidur pukul 2400.

Ya Allah, merepeknya Aida.

And the rest is history. Malas nak sambung, cuma nak cakap letih lah 2 3 hari ni. Tak cukup tidur. Penat. Bubye.

Comments

Popular posts from this blog

Move on guys? INI TIPSNYAAA!

First try will lead you to success, Ameen.