Hijrah Pencinta Part 1

"Aku tak kira, aku nak juga balas dendam dekat dia. Eh suka hati dia je sakitkan hati kawan aku. Weh dia ingat dia tu apa? Suraya, aku bencilah mamat tu!" Kata Raudhah kepada Suraya, rakan baiknya. 

Zahran Idris, seorang lelaki kasanova yang merupakan seorang playboy. Terkenal akan kehensemannya persis Shah Rukh Khan dan sifat kelelakiannya yang suka senyum dan membantu guru-guru. Beberapa perempuan di sekolahnya telah berjaya dikecewakan oleh Zahran Idris. Setiap tahun pasti bertukar perempuan. Kali ini, tahun ini, rakan baik Raudhah, Alisa telah dipermainkan oleh Zahran. Geram Raudhah dengan Zahran yang merupakan rakan sekelasnya. Rasa nak penyek-penyek je laki tu. Dia tidak pernah sebulu dengan Zahran. Baginya, Zahran bukanlah lelaki yang bertanggungjawab. Sudah banyak yang diperhatikannya. Raudhah selalu meminta Zahra  melakukan beberapa tugasan, Zahran berjanji akan melakukannya tetapi tidak ada satu pun yang pernah selesai!

Sekarang, makin bertambah sakit hati dengan mamat ini kerana mengecewakan Alisa. Dan dia juga kecewa akan dirinya yang tidak menghalang hubungan Alisa dan Zahran sebelum ini. Bukankah dia sebagai sahabat seharusnya menegur sahabatnya yang melakukan kemungkaran?

Sahabat kerna-Nya, adalah sahabat yang paling terbaik. Ye, persahabatan yang diikat atas rasa cinta kerna-Nya, dan seharusnya saling tegur-menegur. 


"Seorang mukmin merupakan cerminan dari saudaranya yang mukmin."

Raudhah kelu. Suraya memeluk Raudhah dan menepuk bahnuya agar kembali kuat. Suraya sudah masak dengan perangai Zahran Idris. Dari kecil lagi, dia berjiran dengan Zahran. Mereka juga merupakan rakan sekelas sejak tadika lagi. Zahran hanya tua sebulan darinya. Dia juga kesal kerana tidak mengesan hubungan cinta rakannya, Alisa dengan Zahran. Kalau tidak, sudah lama dia menghalang si Alisa. Si Zahran itu sudah banyak kali dinasihatinya, tetapi tidak pernah lekat di hati. Tapi Suraya yakin segalanya pasti ada hikmah bak kata pepatah inggeris, "Every cloud has a silver lining."


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..” (Qs.Al-Baqarah:216) 
.........................................................................................................................................................

Kelas bermula pada awal pagi setelah doa dibaca oleh ketua pengawas. Ustaz Ammar yang merupakan pengganti guru kelas 4 Bestari memasuki kelas tersebut. Ustaz Ammar menggantikan posisi tersebut kerana guru kelas 4 Bestari sedang cuti bersalin. Dengan segaknya, beliau berjalan dari belakang kelas hingga ke hadapan.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh." Ustaz Ammar memberi salam setelah murid-muridnya berada dalam keadaan tenang. Seisi kelas menjawab salam tersebut.

"Okay, harini ustaz nak bagitahu yang pelajar kelas kita diminta untuk menguruskan program lawatan ke rumah anak yatim bagi pelajar tingkatan 4. Ustaz nak kamu semua memilih ketua dan penolong untuk program ini. Sila beri kerjasama ye semua." Ustaz Ammar diam seketika setelah memberitahu perkara penting tersebut. Kelas 4 Bestari bising mencadangkan nama calon ketua dan penolong. Hali ini bukanlah senang memandangkan amanah yang diberikan adalah berat. Mereka harus memilih orang yang benar-benar layak memikul tanggungjawab tersebut.


“Janganlah  orang-orang  mukmin  mengambil  orang-orang  kafir  menjadi  WALI (waly) pemimpin, teman setia, pelindung) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara  diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya, dan hanya kepada Allah kamu kembali.” (QS:  Ali Imron [3]: 28)

Maka, ketua bagi program tersebut ialah Zahran Idris dan penolongnya adalah Nur Raudhah. Raudhah menggeleng kepala, mampukah dia bekerja dengan lelaki ini? Zahran berpaling kepada Raudhah lalu memberi senyuman yang manis kepada Raudhah. Terkejut Raudhah. Haip takkan dah cair? Ah, tidak semudah itu untuk seorang Raudhah jatuh cinta. Lagi-lagi dengan mamat perasan bagus ni.

Meowdhiah©

Comments

Popular posts from this blog

Move on guys? INI TIPSNYAAA!

First try will lead you to success, Ameen.

Aida's Journey to Selangor // temuduga Darul Quran