Posts

Showing posts from 2019

Hijrah Pencinta part 6

Raudhah dan Suraya berjalan beriringan ke Masjid Ar-Rahman, masjid yang terletak di sekolahnya. Semua pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Tiba-tiba bahu Raudhah dicuit dari belakang. "Hi kak ipar, hehehe." Tegur Zahratul Iffah, adiknya Zahran Idris. Dia sering melihat abangnya tersenyum sahaja kebelakangan ini, rupanya sedang berchit-chat dengan awek. Suraya menggeleng, parah nampaknya. Apakah status hubungan mereka sekarang ni? Kenapa dia tidak tahu apa-apa? "Eh Zahra, apa kak ipar pula? Akak dengan abang Zahra tu kawan je lah." Raudhah menafikan panggilan tersebut. Betullah, hanyalah kawan semata-mata. Tak lebih dari itu.  Mereka berjalan terus ke tempat wudhu' lalu menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum Zuhur. Seusai sahaja solat Zuhur, Suraya menunggu Raudhah untuk kembali ke kelas bersama-sama. Dia perlu mencari masa untuk berbual dengan Raudhah. Dia juga perlu untuk mengeur perbuatan sahabatnya ini. Kemungkara...

Hijrah Pencinta part 5

"Ayat ini secara umumnya menjelaskan tentang kelebihan bulan Ramadhan yang mulia dan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum berpuasa seperti penetuan awal Ramadhan dan Syawal, rukhsah puasa dan kelebihan puasa." Ustaz Ammar mengajar dengan jelasnya subjek Pendidikan Syariah Islamiah. Sambil bersyarah, beliau bergerak ke papan putih untuk melakar peta minda agar pelajar lebih tertarik. Raudhah tersenyum-senyum sambil menyalin nota. Zahran baru sahaja melemparkan senyuman yang manis buatnya. Hairan pula si Suraya melihat Raudhah ni. Macam tak betul. Dia tidak tahu akan hubungan rakannya ini. Raudhah menepuk pipinya. Ya, dia kena fokus! Dia sudahpun berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dek keputusan peperiksaannya yang lepas agak mengecewakan dirinya. Lagipun menuntut ilmu itu memang dituntut dalam Islam. "  Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga, sesungguhnya para malaikat menaungkan sayap-sayapnya kepa...