Hijrah Pencinta Part 2
Cuaca pada pagi ini sangat baik. Tidak mendung dan tidak panas. Bangunan sekolah masih belum dipenuhi suara riang pelajar. Mungkin kerana masih awal. Seperti biasa, Raudhah akan membersihkan kelasnya kerana dia tidak suka melihat kelasnya yang bersepah, Allah kan tidak suka akan kekotoran. Lagi pun, dia datang awal. Apa salahnya mengisi masa? Sambil menyapu, dia memikirkan tentang program ke rumah anak yatim yang telah diamanahkan kepadanya dan Zahran Idirs.
'Em mana si Zahran ni? Harap-harap awallah dia datang, senang sikit nak bincang.' Raudhah bercakap sendirian sambil mengeluh melihat kelasnya yang bersepah bagai kapal pecah, Kelasnya tidak pernah bersih, setiap hari pasti bersepah.
"Assalamualaikum. Kenapa pagi-pagi dah mengeluh ni Raudhah?" Terhenti Raudhah yang menyapu, terkejut kerana tiba-tiba saje datangnya Ustaz Ammar ini.
"Haish ustaz ni! Kenapa tak ketuk pintu dulu ke?" Raudhah mengomel sambil menjawab salam tersebut. Kalau tak jawab, nanti kena perli pula. Inikan Ustaz Ammar.
"Hahahaha Raudhah Raudhah. Dah cukup 44 kali dah ustaz ketuk pintu. Nah, kuih untuk kamu. Ustaz beli lebih tadi. Rezeki kamu pula." Ustaz Ammar menghulurkan kuih kepada Raudhah sambil perlahan-lahan berjalan keluar dari kelas. Baginya, tidak manis untuk duduk berdua-duaan di dalam kelas walaupun guru dan anak murid.
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)
"Eh ustaz! Ustaz nak pergi mana? Sabar lah kejap." Raudhah mengejar Ustaz Ammar sambil tangannya mengambil buku nota dan pen dengan cepat. Ye, dia harus berbincang dengan Ustaz Ammar. Nak mengharapkan si Zahran, memang tak jalan lah kerja.
Mereka berbincang di beranda luar kelas 4 Bestari. Kelihatan pelajar sudah mula ramai dan berjalan ke kelas masing-masing. Suraya, rakan baik Raudhah pun sudah sampai. Suraya memberi salam ketika melintasi dua orang yang sedang berbual itu. Raudhah pelik, Suraya sudah sampai tetapi mana Zahran. Bukankah mereka jiran? Bukannya jauh sangat pun rumah si Zahran dari sekolah. Raudhah menggeleng dan mula fokus kepada Ustaz Ammar semula.
"Oklah, Raudhah. Yang lain kamu bincang dengan Zahran ye. Jom masuk kelas. Sesi pagi dah nak bermula." Ustaz Ammar menghentikan perbincangan mereka kerana sesi bersama guru kelas sudah hampir bermula. Pelajar 4 Bestari pun sudah ramai yang tiba. Raudhah mengangguk dan duduk di tempatnya, bersebelahan dengan Suraya. Alisa tidak datang hari ini kerana demam, mungkin penat menangis kelmarin hari.
Ustaz Ammar mengambil kedatangan seperti biasa dan memulakan sesinya. Kebetulan hari ini, subjeknya merupakan sesi pertama setelah sesi bersama guru.
"Maaf, maaf. Saya terlambat. Boleh saya masuk, ustaz?" Zahran meminta izin dengan termengah-mengah. Zahran mengambil tempatnya setelah diizinkan Ustaz Ammar. Raudhah mencebik. 'Ni mesti bangun lambat, Subuh mesti dinosaur ni.' Umpat Raudhah di dalam hatinya. Astaghfirullahalazim.
"Kenapa kamu lambat hari ini, Zahran?" Ustaz Ammar bertanya.
"Saya terbangun lambat, Ustaz." Jawab Zahran perlahan. Malu dengan rakan-rakan sekelasnya.
"Oh mengapa lambat? Kamu main game ke semalam?" Tanya Ustaz Ammar. Sudah biasa bagi muridnya bermain game sehingga lewat malam.
"Tidak, Ustaz. Setelah saya solat Subuh, saya rasa sakit kepala lalu saya kembali untuk tidur, dan saya tertidur lebih dari jangkaan saya." Jawab Zahran. Ustaz Ammar mengangguk dan meneruskan pengajarannya. Raudhah pula menepuk dahinya. Dia telah berburuk sangka terhadap Zahran.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
Comments
Post a Comment