Hijrah Pencinta part 6
Raudhah dan Suraya berjalan beriringan ke Masjid Ar-Rahman, masjid yang terletak di sekolahnya. Semua pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Tiba-tiba bahu Raudhah dicuit dari belakang.
"Tanyalah, banyak pun takpe." Mereka berbual sambil mendaki tangga ke kelas 4 Bestari yang terletak di tingkat paling atas.
"Apa hubungan kau dengan Zahran?" Suraya memberanikan diri untuk bertanya.
Raudhah berpusing ke arah Suraya, lalu menghadap ke hadapan kembali. Dia menggeleng.
"Kau rasa aku couple ke dengan dia? Kau nak tuduh aku macam-macam ke?" Suraya terkejut. Rakannya yang bernama Nur Raudhah bukan sebegini orangnya. Raudhah seorang yang sangat lembut pertututan serta perbuatannya. Nampaknya benar Raudhah sedang menyimpan rahsia.
"Hi kak ipar, hehehe." Tegur Zahratul Iffah, adiknya Zahran Idris. Dia sering melihat abangnya tersenyum sahaja kebelakangan ini, rupanya sedang berchit-chat dengan awek. Suraya menggeleng, parah nampaknya. Apakah status hubungan mereka sekarang ni? Kenapa dia tidak tahu apa-apa?
"Eh Zahra, apa kak ipar pula? Akak dengan abang Zahra tu kawan je lah." Raudhah menafikan panggilan tersebut. Betullah, hanyalah kawan semata-mata. Tak lebih dari itu.
Mereka berjalan terus ke tempat wudhu' lalu menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum Zuhur.
Seusai sahaja solat Zuhur, Suraya menunggu Raudhah untuk kembali ke kelas bersama-sama. Dia perlu mencari masa untuk berbual dengan Raudhah. Dia juga perlu untuk mengeur perbuatan sahabatnya ini. Kemungkaran perlu dicegah.
"Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman."
Sekiranya mampu, cegahlah dengan tangan. Sekiranya tidak, cegahlah dengan lidah. Ya, dia rasa inilah yang patut dia lakukan sebagai seorang sahabat yang baik, yang mengimpikan syurga bersama. Tapi apapun, dia perlu untuk tahu kebenaran dahulu. Tabayyun sepertimana firman Allah:
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian. (Al-hujurat: 6)
"Raudhah, aku nak tanya sikit." Suraya mula bermadah.
"Apa hubungan kau dengan Zahran?" Suraya memberanikan diri untuk bertanya.
Raudhah berpusing ke arah Suraya, lalu menghadap ke hadapan kembali. Dia menggeleng.
"Kau rasa aku couple ke dengan dia? Kau nak tuduh aku macam-macam ke?" Suraya terkejut. Rakannya yang bernama Nur Raudhah bukan sebegini orangnya. Raudhah seorang yang sangat lembut pertututan serta perbuatannya. Nampaknya benar Raudhah sedang menyimpan rahsia.
"Kau chat dengan dia?" Suraya meneruskan soalan.
"Suraya, aku takde hubungan apa-apa dengan dia. Kau pun tahu kan aku ni jenis macam mana. Dan tak salah pun kan nak chat dengan dia? Takde unsur-unsur yang pelik pun. Hal kerja, dakwah dan tarbiah je." Kata Raudhah dengan penuh yakin. Haih Raudhah, hati ini Allah yang pegang. Jangan cakap besar!
Setibanya mereka di kelas, Suraya senyap. Dia menjeling mamat poyo Zahran Idris. Guru matematik tiba pada masanya, kelas dimulakan seperti biasa. Raudhah dan Suraya diam membisu.
Comments
Post a Comment