Hijrah Pencinta part 5

"Ayat ini secara umumnya menjelaskan tentang kelebihan bulan Ramadhan yang mulia dan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum berpuasa seperti penetuan awal Ramadhan dan Syawal, rukhsah puasa dan kelebihan puasa." Ustaz Ammar mengajar dengan jelasnya subjek Pendidikan Syariah Islamiah. Sambil bersyarah, beliau bergerak ke papan putih untuk melakar peta minda agar pelajar lebih tertarik.

Raudhah tersenyum-senyum sambil menyalin nota. Zahran baru sahaja melemparkan senyuman yang manis buatnya. Hairan pula si Suraya melihat Raudhah ni. Macam tak betul. Dia tidak tahu akan hubungan rakannya ini.

Raudhah menepuk pipinya. Ya, dia kena fokus! Dia sudahpun berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dek keputusan peperiksaannya yang lepas agak mengecewakan dirinya. Lagipun menuntut ilmu itu memang dituntut dalam Islam.

Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga, sesungguhnya para malaikat menaungkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu karena senang terhadap apa yang diperbuat"

Zahran bukan prioritinya buat masa sekarang. Dia tidak mahu memberi harapan mahupun berharap pada lelaki. Baginya, Zahran hanyalah teman.

Pen berwarna diambil dari kotak penselnya. Dilukis kotak-kotak agar notanya lebih menarik.

'MARI KITA FOKUS!' ditulis besar-besar diakhir notanya.

Suraya berpaling ke arahnya. "Kau okey?" Suraya bertanya melihat keanehan pada rakannya harini.

"Okey je." Raudhah menjawab ringkas. Suraya menggangguk tanda faham, dia rasa dia perlu selidik.

-------------------------------------------------------------

Loceng berbunyi, menandakan waktu rehat. Ustaz Ammar menghabiskan pelajaran serta menutup buku. Diikuti semua pelajar. Sebaik sahaja ustaz Ammar keluar kelas, semua pelajar berlari keluar ke kantin. Perut sudah menyanyi kelaparan.

Zahran bangun lalu berjalan perlahan ke meja Raudhah.

"Nah, coklat sebagai ucapan terima kasih jadi partner kerja yang baik." Zahran menghulurkan coklat Cadbury perisa blackforest, dia tahu coklat tersebut merupakan coklat kegemaran Raudhah kerana dia sering melihat Raudhah memebelinya.

"Oh, terima kasih juga." Raudhah tersipu malu. Suraya terkelip-kelip mata melihat adegan ini. Sejak bila Raudhah dan Zahran rapat sebegini? Dan kenapa dia hanya melihat sahaja tanpa menegur? Ya, dia masih lagi terkejut.

Tangan Raudhah ditarik untuk keluar dari kelas. Raudhah menepis lalu marah, "Eh kau ni kenapa? Aku taknak pergi kantin lagi. Kau pergilah dulu. Aku nak bincang kejap dengan Zahran."

Akhirnya Suraya meninggalkan Raudhah dan Zahran berdua-duaan dalam kelas. Pelik bin Aneh ni, bukan Raudhah seorang yang anti-lelaki? Bukankah Raudhah juga tahu hukum berdua-duaan? Dan bukankah Raudhah seorang yang menjaga ikhtilat?

Meowdhiah.

Comments

Popular posts from this blog

Move on guys? INI TIPSNYAAA!

First try will lead you to success, Ameen.

Aida's Journey to Selangor // temuduga Darul Quran