Hijrah Pencinta part 4

Suasana di Rumah Anak Yatim Husna sangat girang. Wajah anak-anak kelihatan gembira menerima kunjungan daripada pelajar tingkatan 4 yang akan berbuka puasa bersama mereka. Pelajar tingkatan 4 sibuk menghidang juadah yang dibeli untuk berbuka puasa bersama-sama. Walaupun kehadiran pelajar tingkatan 4 tidak sepenuhnya, Zahran dan Raudhah sudah berpuas hati akan perkara tersebut. Pelajar yang tidak hadir hanyalah yang mempunyai masalah keluarga dan mempunyai alasan yang kukuh sahaja. Bukanlah tidak mahu datang secara sengaja.  Beberapa orang guru turut bekerjasama dalam melancarkan program yang baik ini.

“…Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakalah: “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan….”. (Q.S. Al Baqarah, 2:220)

Raudhah tersenyum, amanahnya sebagai penolong ketua telah berjaya diselesaikan. Raudhah teringat akan pesanan guru kelasnya yang sedang cuti bersalin, Ustazah Ameerah. Pesan Ustazah Ameerah, sebagai seorang muslim, kita haruslah melaksanakan amanah yang diberikan. Amanah kepada ibu bapa, amanah kepada negara dan amanah kepada agama kita sendiri. Orang yang tidak menunaikan amanah adalah orang munafik. Na’uzubillahminzalik.

Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahwa Rasulullah SAW bersabda,

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَثَ كَذِبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga; jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika diberi amanah ia berkhianat.” (Muttafaq Alaihi).

Dalam asyik memerhati rakan-rakannya dan gelagat anak-anak yatim yang mencuit hatinya, dia teringat akan kotak yang belum diambilnya. Kotak yang mengandungi hadiah dan barang sumbangan yang dikumpulnya dari sekolah. Alhamdulillah, ramai yang memberi kerjasama yang baik dalam melakukan amal jariah. Sedekah kan amalan yang takkan putus pahalanya.

‘Ah lupa, hm ringan je kotak tu rasanya. Pergi ambil je lah.’ Raudhah mengambil keputusan untuk tidak mengganggu rakan-raknnya yang lain. Dia berjalan menuju ke kereta yang diparkir di luar kawasan rumah anak yatim tersebut. Setelah menoleh kanan dan kiri, Raudhah melintas jalan dengan berhati-hati.

Raudhah mengambil kotak tersebut dan memastikan kereta dikunci sepenuhnya. Risau akan kes kecurian. Sedang dia melintas, dia tidak terperasan akan motor yang laju melaluinya, dia tidak sedar akan apa yang berlaku. Semuanya berlaku sepantas kilat. Dia dan kotak tersebut tersadai di tepi jalan. Apa yang dia rasa adalah ditolak ke tepi jalan. Ye, betul. Zahran menolaknya. Dan Zahran berada ditengah jalan. Penunggang motor yang melanggar mereka pula melarikan diri. Tidak sempat dijejak.

“Auch.” Zahran memegang kepala lututnya. Syukur Alhamdulillah, kecederaan yang dialami Zahran tidak parah. Raudhah mendekati Zahran, untuk memastikan keadaan Zahran.

“Awak okey?” Tanya Zahran apabila melihat Raudhah datang dekat padanya. Raudhah mengangguk. Lega Zahran. Nasib baik dia teringat akan kotak tersebut dan ingin mengambilnya, tetapi Raudhah terlebih dahulu mengambilnya, dan dia sempat melihat akan motor yang laju tadi. Sempat dia berlari ke arah Raudhah dan menolak Raudhah dari situ, tetapi malangnya dia tidak sempat mengelak dari motor tersebut. Tetapi dia bersyukur kerana dapat menyelamatkan si Raudhah, perempuan yang menjadi inspirasi baginya untuk berubah.

Meowdhiah.





Comments

Popular posts from this blog

Move on guys? INI TIPSNYAAA!

First try will lead you to success, Ameen.

Aida's Journey to Selangor // temuduga Darul Quran