HIATUS// not a goodbye.

ASSALAMUALAIKUM,
and hi. plus hello. bonjour!

would like to say sorry, for not posting any entry and sambungan cerita Hijrah Pencinta. due to the business, cause im going to further my study at Darul Quran JAKIM. doakan.

so before i left my blog tergapai-gapai untuk 3 tahun. eh tak juga, kalau cuti, post lah kut. ehehehe.
so here goes the story about why I chose Darul Quran secara tiba-tiba?

............

it started since saya pindah sekolah dari MTS ke SMI Aman. saya berjanji pada diri sendiri if saya tak sempat habiskan al-quran di SMI Aman, saya nak sambung Darul Quran. yes, saya nak jadi hafizah. saya nak bawa keluarga saya bersama-sama. kan hafiz/hafizah boleh bawa ahli keluarga bersama? :)

so, if orang tanya, nanti nak sambung mana, nak jadi apa? saya jawab, "nak sambung Darul Quran, nak jadi hafizah."

and that time, i was sangat-sangat blur and tidak tahu apa-apa tentang DQ. yang saya tahu hanyalah pensijilan di Darul Quran. yang mana pensijilan ni setahun setengah and boleh sambung kemana-mana universiti selepas itu. ((Kak Maisa' and Kak Yusra adalah inspirasi dan punca mengapa saya ingin ke Darul Quran, from them I knew a little bit pasal Darul Quran.))

so, bila dah meningkat sedikit dewasa, saya dapat tahu yang Darul Quran hanyalah untuk budak-budak aliran sains sahaja. and I cincaaa taknak masuk kelas sains. so, saya nak sambung tingkatan 4 di pondok Kuala Krai. malangnya, pada tahun itu Kelantan banjir teruk. at last, masih di SMI Aman sebagai pelajar kelas perdagangan. and masa tu rasa musnah harapan untuk jadi hafizah.

pada tahun 2015, ustaz Ibad mengesyorkan untuk ke Morocco ((cause I told him that I want to further my study oversea.)) so, tanam balik cita-cita yang baru.

sampai sekarang, if orang tanya, nak sambung mana? jawapannya, "nak sambung Morocco."
sebab dah tukar cita-cita an :)

satu hari tuh, one of my batchmate sent a meesage about Darul Quran dalam group batch. sebagai manusia yang sudah tidak ingin ke Darul Quran kerana telah hampa dengan syarat-syaratnya, saya buat endah je. 

sehari or dua hari sebelum result keluar ((tak ingat sangat)), Yani called me and told about Darul Quran. she asked me to isi borang. and me be like, ye ye nanti insyaAllah.

balik je dari ambik result tu, terus cek kelayakan untuk UPU. sambil-sambil baca kelayakan diploma tahfiz ke Darul Quran and was like wow boleh gak lah. nak try lah isi. nak try isi saje-saje.

**Diploma Tahfiz: selama 3 tahun. beza dengan pensijilan okey.**

so buka laptop dekat dapur depan makanan, sambil lunch. and em malasnya nak isi, banyak nya maklumat yang kena isi. eh takmo lah.

tapi sebelum nak tidur tu, tiba-tiba je rajin. isi then terus print. siap.

29/03/2017,

lepas dhuha, terus cek and alhamdulillah dapat pi interview. bagitahu umi, then terus beli tiket flight.

06/04/2017,

interview and rasa macam ngabey je ahahaha ((boleh baca di entry sebelumnya))
and cincaaa rasa macam tak diterima. ye lah 1288 kut datang interview! mak aih!

sebelum hari semakan, rasa dalam dua. eh nak morocco, tapi DQ pun best gak. so I called my mualimah Syimah. she told me to doa lillah. 

"O Allah, jika Darul Quran yang terbaik, maka kau tutuplah peluang untuk ke Morocco. Dan jika Morocco yang terbaik, maka berikanlah yang sebaliknya. Dan bagilah padaku ketenangan untuk menerima keputusan tersebut."

19/04/2017,

i got the answer. saya dapat keputusan. saya diterima.

so, dah start sibuk uruskan dokumen and barang-barang. 

masih lagi dalam dua sebab keputusan Morocco tak keluar lagi.

semalam, sempat salam dan berbual dengan akak lepasan Morocco. em bestnya Morocco.

and today ((28/04/2017)), balik dari sekolah, tidur jap and bangun tu terus buka link Morocco tu. 

and alhamdulillah, Allah bagi jawapan. jawapan sebelum ke Darul Quran, hebatnya Allah. sungguh hebat.

Darul Quran, salam hormat dari saya. nantikan kehadiran saya :)

doakan saya.

salam rindu.

moga ketemu di masa hadapan.




Comments

Popular posts from this blog

Move on guys? INI TIPSNYAAA!

First try will lead you to success, Ameen.

Aida's Journey to Selangor // temuduga Darul Quran