Me, You, and Yemen :)

Holla Wa Assalamualaikum,

long time no see ihiks.

Setelah sekian lama menyepi, saya mengambil keputusan untuk kembali oyeah!

So, this post is about

YEMEN; The Hidden Beauty.

-----------------------------------------------

Q: Awak pernah pergi Yaman?
A: Ye, saya pernah. From December 2013 to the end of May 2014 (5 to 6 months lah)


Q: Awak tinggal area mana?
A: Saya tinggal di Sana'a. Tapi saya pernah pergi ke Taiz, Ib dan Hadramawt (Tarim wa Mukalla).

Q: Pernah jumpa Habib Umar?
A: Sayangnya saya tidak pernah bertemu beliau. Saya pernah berjumpa dengan anak beliau di Dar Az-Zahra.

Q: Sekolah dekat mana?
A: An-Nahdah Modern School, Sana'a, Yemen.
Saya berada di Grade 8 dan saya yang paling tua di dalam kelas tersebut (Grade 9 dan keatas dan belajar biology, chemistry and so on walhal saya baru form 3 ketika itu)

Q: Macam mana boleh pergi sana?
A: Alaa awak ni, naik flight sampailah. Hahaha tak tak, parents saya cuti sabatical dan mengambil keputusan untuk kerja di sana so saya ikutlah.

-------------------

The first day saya sampai di sana, it was a nightmare. Tak pernah tengok airport yang sebegitu. Agak kecik dan menakutkan. Then dikhabarkan airport kerap ditutup atas sebab-sebab tertentu. ((macam mana lah aku nak balik nanti huaaa))

Kami dijemput oleh Ahmad, driver UST (University Science and Technology) then singgah ke mart. Ramai yang pandang kami pelik (kebanyakan mereka memakai niqab dan berwarna hitam). Kami pulak tak pakai niqab dan berwarna warni haha. So tengah shopping tu tetiba blackout, sekali lagi rasa nak nangis (ingat dah kena serang). Rupa-rupanya itu perkara biasa di Yaman.

Then sampailah kami ke rumah kami (I'm not sure flat or apartment) tak terlalu besar dan tak terlalu kecik. Just nice. Ada ruang tamu, ruang makan, dapur, dua bilik dan dua tandas. Oh ya, dia ada banyak pintu yang connecting. Ada dua pintu masuk (satu terus ke ruang tamu, satu lagi terus ke dapur) sebabnya adat mereka tetamu lelaki ke ruang tamu, dan tetamu perempuan ke dapur. Asing.



**psst, sorry takde gambar sangat. Hilang semuanya huhu**

Time sampai tu musim winter, sejuk yang amat. Tak sanggup keluar rumah. Dan sentiasa lapar penat sis makan. Asyik makan je kerja. Sekolah saya start bulan February (sem baru) so saya tak buat pape lah sepanjang bulan Januari. Kemas rumah je lah. Sometimes pergi jalan, pergi UST dan pergi An-Nahdah untuk selesaikan beberapa perkara.

Kami ada jalan-jalan ke Darul Hajar (sebut: Darul Hagah). Istana yang berbatu-batu. Cantik, semuanya diperbuat daripada batu/ tanah liat.



psstt bukan gambar Darul Hagah ye, tu gambar Bab Al-Yaman. Maaf tak jumpa gambar Darul Hagah (boleh google kalau nak tengok).

Babul Yaman pun best gak, cantik dan dipenuhi kedai yang murah-murah. Kedai souvenir, kedai makan, hotel semuanya nais.


nampak tak? haa macam tu lah bangunannya.

Ada orang cerita tentang sejarah Babul Yaman yang wallahualam lah kesahihannya, ceritanya Babul Yaman ni dahulunya pintunya tutup (tak pernah buka) oh ya, babul yaman ni tempat yang dikelilingi tembok dan pintu yang besar sebab tu namanya Babun. Disebabkan pintunya yang sentiasa tutup, maka orang di Babul Yaman fikir bahawa dunia adalah sebesar itu sahaja. And the rest is history. Saya tak tahu kesudahannya dan kesahihannya. Hehehehe.

Kami tak buat visa (sebab agak sedikit leceh prosesnya) so kami travel ke Qatar sekejap dan masuk kembali ke Yaman (tanpa visa boleh duk selama 3 bulan).

So tibalah masanya ke sekolah, sekolah saya bukanlah sekolah pondok yang belajar kitab, yang bertalaqqi, mahupun sekolah orang Malaysia, ataupun Darul Quran Yaman, dan juga bukanlah International School.

Saya sekolah di Modern School atas dua sebab (anak staff UST sekolah disituh, dan ayah saya nak saya belajar tentang adat orang Yaman). Sekolah saya tiada foreigner except me. Tetiba je ada orang Malaysia haha.

Sekolah ni dibahagikan kepada dua bahagian (arabic and english) boleh pilih salah satu. Kalau qism arab, maka semua subjek dalam bahasa arab. Dan englishnya adalah english yang basic.

Kalau qism english, maka subjek math, science dan english dalam bahasa inggeris. Subjek tarbiah, ijtimaiyah, quran dan lughah dalam bahasa arab. Saya qism english yang diberikan pengecualian untuk ambil exam serta subjek arabic. Saya diizinkan untuk tidur dan berbuat apa sahaja haha best kan (tapi saya budak baik kalau saya boleh tahan, saya tahan dan cuba untuk memahami).

First day saya sekolah, saya nangis. Nangis tak faham apa diorang cakap. Saya tak turun untuk lunch sebab takde kawan dan tak pandai nak beli makanan. Saya ada kawan tapi kurang berbual sebab diorang kurang dalam speaking. Haneen, Sama', Aseel, Mariam, Ghara', dak-dak grade 5, 6, 7 semuanya kawan saya. Duk panggil 'Aidah. Takde akak-akaknya. Bukan tak hormat tapi tu adat yang tidak membezakan. Nais. Serious rindu suasana di sana. Miss Mona, Miss Fatin, Ustazah Yasmeen, Ustazah Aisyah hm.

Pagi-pagi salam, peluk, tanya khabar (guru dan pelajar). Dapat bunga ros kat sana tu perkara biasa. Makan falafel. Tobur setiap pagi (untuk buat senaman dan baca doa). Kes disiplin kurang sebab peraturannya mudah, hijab putih (shawl, bawal, tudung bulat, tudung syria semuanya boleh), abaya blueblack dan berkasut. Maaf tiada gambar (diorang tak ambik gambar sebab tu adat diorang)

Tunggu van pagi-pagi dengan ayah, balik tengahari naik van yang takde pintu (kekadang). Nak cari van tu pergh (kalau balik sekali dengan qism arab) sebab banyak sangat van, nak kena naik van yang dah ditetapkan nak nangis rasa, penat cari Khalid dengan Marwa (jiran rumah). Ceh banyak lah kenangan.

Diorang sambut birthday saya, diorang buat kek sendiri, bagi gelang perak (perak kat sana murah), bagi bunga ros banyak-banyak ok nak nangis. Haha. A week after birthday saya merupakan hari last saya di sekolah tersebut, ni lagi sedih. Semua conteng kat tudung saya, try hard to speak malay "Saya sayang awak. Terima Kasih." even my english teacher pun cuba. Yang ustazah-ustazah pulak peluk sambil nangis.

"Awak adalah pelajar yang baik, walaupun awak tak faham saya nampak awak cuba." (translated by Sarah Tawfiq)


Oh ya, saya start makan dekat cafe since Sarah datang Yaman (dia orang Yaman yang duk Malaysia selama 13 tahun). Tapi Sarah ni 'jahat'. After 2 weeks dia belikan, dia suruh saya beli sendiri pulak. Makcik-makcik Cafe teruja layan saya hahaha ok bye.

Pencapaian terbaik saya di sekolah, saya hafal syair (ustazah terkejut bila saya datang beratur nak tasmik syair sampai beliau belanja saya coklat), berbual dengan masyarakat Yaman yang susah (program kelas kami melawat orang-orang susah), beli makanan sendiri (guna amiah kut), hafal satu surah dengan lancar, jadi Imam solat Zuhur untuk grade 5-10. Tilawah depan guru dan pelajar-pelajar time tobur. Fuhh.

Pergh banyak lak membebel. InshaaAllah next post about the budaya @Sana'a and also Hadramawt.

And also, kalau ada more soalan, do pm/ dm me. Or comment di bawah hee.

Sekian, meowdhiah 😻

Comments

Popular posts from this blog

Move on guys? INI TIPSNYAAA!

First try will lead you to success, Ameen.

Aida's Journey to Selangor // temuduga Darul Quran